Jumaat, 29 Jun 2012

MALAYSIA NUMISMATIC SOCIETY.

Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin merakamkan Perjalanan Malaysia Numismatic Society MNS yang ditubuhkan pada tahun 1968 dan sehingga kini 2013 dalam usia 45 tahun dirakamkan secara kolaborasi dalam Setem Kenang-kenangan bagi menyaksikan ulang tahun penubuhanya seusia 10 tahun pertama dari tahun 1968 sehingga 1978. ditempa pada pewter dan diabadikan dalam paten Setem Kenang-kenangan dengan nilai sah laku RM0.60 yang dicetak khas oleh Pejabat Pos Malaysia.



GAMBAR PEWTER TENTH ANNIVERSARY MALAYSIA NUMISMATIC SOCIETY MNS 1968-1978 YANG MENJADI SEBAHAGIAN KOLEKSI GALERI SHA BANKNOTE.




GAMBAR KOLABORASI SETEM KENANG-KENANGAN  ULANG TAHUN KE 10 PERTUBUHAN NUMISMATIK MALAYSIA  YANG DICETAK KHAS OLEH PEJABAT POS MALAYSIA.


Rabu, 20 Jun 2012

KOLABORASI NUMISMATIK DAN FILATELI SUATU INOVASI BARU.

Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin berkongsi pengalaman untuk melihat hobi Numismatik ini menjadi  lebih mencabar dan lebih berInovasi   agar ianya selangkah kehadapan lagi daripada apa yang ada sekarang ini.

              Konsep Kolaborasi Numismatik Filateli ini adalah mengabungkan dua hobi iaitu Numismatik dan hobi Filateli dimana koleksi duit-duit lama dipatenkan menjadi  koleksi  Setem Peringatan yang dilakukan kepada setiap koleksi Duit Lama yang ada  dalam Koleksi Galeri Sha Banknote.

              Cubaan kegilaan yang akan dilakukan oleh Galeri Sha Banknote pada kali ini ialah ingin  melakukan suatu Inovasi Kolaborasi Numismatik dan Filateli agar dapat dilihat menjadi suatu tambah nilai [value added ] kepada semua item Duit Lama yang ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote.  Koleksi Duit Lama ini dapat diarkebkan dan dipetenkan kedalam Setem Peringatan Khas untuk secara khusus dalam setiap keluaran koleksi  wang yang dapat dikumpulkan. Usaha Kolaborasi ini dilihat menyebabkab sesuatu Koleksi itu lebih tinggi nilainya kerana ada tambah nilai [ value added ] dalam bentuk Setem Peringatan Khas sebagi tambahan dokumentasi sokongan yang menjadi saksi dan mengiringi kewujudan sesuatu Koleksi Duit Lama tersebut,   di ibaratkan  kedua-duanya diantara Duit dan Stem itu adalah  Saudara Kembar.  Dan akhirnya semua koleksi ini IsyaAllah akan dikanunkan dalam bentuk Buku Koleksi Warisan Numismatik yang berinovasi baru Galeri Sha Banknote.

                Usaha pertama yang perlu dibuat iaitu berjumpa dan berbincang dengan Pihak Pos Malaysia dibawah Unit Setem dan Filateli telahpun membuahkan hasil dan Pihak Pos Malaysia bersedia untuk mencetak Setem Peringatan Khas untuk kesemua item Duit Lama yang ada dalam Koleksi Galeri Sha Banknote.

                 Hasil daripada Kolaborasi Numismatik Filateli ini  sahabat-sahabat semua boleh lihat contoh Koleksi Galeri Sha Banknote yang dipamerkan ini



Setem Pringatan Duit Pohon  Pitih yang dicetak oleh Pos Malaysia
Duit Pohon Pitih Terengganu [Timah]Tahun 1800

Koleksi Galeri Sha Banknote GSB/KKM/0001- Duit Kerajaan Kesultanan Melayu Terengganu Pohon Pitih
Timah tahun 1800.  RRR
 -


Setem Peringatan Duit Satu Mas Khalifatul Mukmin Negeri Johor  yang dicetak oleh Pos Malaysia.

Solid Gold Satu Mas Sultan Abdul Jalil Riayat Shah 2

Sijil Pengesahan Oleh Mr. Saran Singh

Koleksi Galeri Sha Banknote GSB/KKM/0002- Duit  Kerajaan Kesultanan Melayu Negeri Johor        -One Mas [solid gold]
Sultan Abdul Jalil Riayat Shah 2 1571-1597. RRR




Setem Peringatan Duit VEIC Balemark Penang  yang dicetak oleh Pos Malaysia.

Duit copper VEIC Balemark Penang 1786

Koleksi Galeri Sha Banknote GSB/VEIC/0001-One Cent uniface copper Balemark Syarikat Hindia Timur
British Pulau Pinang 1786. RRR



Setem Peringatan Duit Ten Dollars Malaya 1940 yang dicetak oleh Pos Malaysia.

                                          Duit Ten Dollar Malaya 1940

Koleksi Geleri Sha Banknote GSB/MALAYA/0001- Ten Dollars Malaya A/2 095307 tahun 1940.  RRR


Setem Peingatan Duit Satu Keping James Brooke 1841 yang dicetak oleh Pos Malaysia.

Duit Satu keping James Brooke Serawak 1941

Koleksi Galeri Sha Banknote GSB/SRWK/0001 - Satu Keping James Brooke 1941.RRR.



Setem Peringata Duit SA-RIBU Pertama Malaysia 1968 yang dicetak oleh Pos Malaysia

Duit SA-RIBU Pertama Malaysia 1968.

Koleksi Galeri Sha Banknote GSB/MSIA/0001 - Sa-Ribu Malaysia Siri 1 A/1026733 1968. RRR


                        Buat masa ini hampir  100 koleksi ekslusif Galeri Sha Banknote telahpun dilakukan Kolaborasi Numismatik Filateli dan kesemua 580 item Koleksi yang ada dalam Galeri Sha Banknote akan dilakukan Kolaborasi mengikut peringkat demi peringkat.




Isnin, 18 Jun 2012

RM 1 TANDATANGAN ALI ABUL HASSAN@ RM1 AISYAH @ RM1 CR .


Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin berkongsi maklumat tentang keunikan Duit RM1 Aisyah yang sentiasa menjadi buruan pengumpul-pengumpul duit lama untuk dijadikan koleksi dalam simpanan setiap ahli Numismatik.  Duit RM1 Aisyah ini sememangnya dianggapkan mempunyai mesterinya sendiri kerana keunikan sejarahnya yang menyebabkan tidak semena-mena Duit RM1 Aisyah ini  harganya menjadi tinggi sehingga mencecah harga melebihi RM1000.00 .

                Daripada maklumat Bank Negara Duit ini terkilaf Pengedarannya kepada umum kerana masa wang ini diedarkan diketika dalam masa proses peralihan dan pertukaran Gavenor Bank Negara yang Baru daripada Gavenor Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Gavenor Baru Tan Sri Zeti Aziz. Duit RM1 Aisyah ini ditandatangi oleh Tan Sri Ali Abul Hasan dan diedarkan semasa Gavenor Baru Tan Sri Zeti Aziz.

                Kesilapan edaran ini hanya berlaku dan disedari di Bank Negara Pulau Pinang sahaja dan tidak dicawangan-cawangan Bank Negara yang lain kerana Cawangan ini sempat menerima arahan membatalkan pengedaranya.  Kesemua Duit RM1 yang ditandatani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ini arahanya ditarik balik sertamerta dan wang RM1 Aisyah ini dimusnahkan dan diganti denga prefix Replacement ZB.  Hanya RM1 Aisyah ini sahaja terlepas edaran dengan siri prefix seperti berikut:

CR 720 0001  -  CR 720 9999    [  prefix pemulaan  ]
CR 721 0001  -  CR 721 9999
CR 722 0001  -  CR 722 9999
CR 723 0001  -  CR 723 9999
CR 724  0001 -  CR 724 9999    [  prefix terakhir    ]

                 Daripada fakta ini Duit RM1 Aisyah ini tersilap dan terlepas diedarkan kepada pengunaan umum adalah bejumlah kira-kira dalam 50,000 keping sahaja  dimulai dengan prefix CR720, CR721,CR722, CR723 dan CR724.  Dan ini bermakna juga bolehlah dikatakan bahawa prefix yang dimulai CR720 adalah first prefix dan CR724adalah last prefix untuk Duit Aisyah yang masih ada tertinggal sekarang ini.

                      CR 720    [ first prefix   ]
                      CR 721
                      CR 722
                      CR 723
                      CR 724    [ last prefix   ]
                 
                 Galeri Sha Banknote dikesempatan ini akan merakamkan kesemua Duit  RM1 Aisyah mengikut turutan prefix dimulai dengan prefix awal CR720 dan prefix terakhir CR724 yang ada dalam koleksi Galeri Sha Banknote.


Gambar CR 720 first prefix

Gambar CR 721

 Gambar CR 722

Gambar CR 723

Gambar CR 724 last prefix
                           

Jumaat, 15 Jun 2012

FEDERATION OF MALAYA PETROL COUPON 50 UNITS OKT - DEC 1949.



Galeri Sha banknote pada kali ini ingin memaparkan  koleksi Very Rare RR  Kupon Petrol yang dikeluarkan oleh Federation Of Malaya pada tahun 1949 yang ada dalam simpanan Galeri Sha Banknote.

         Kupon Petrol ini  Very Rare RR kerana ianya merupakan  Kupon Petrol yang amat sukar ditemui pada  masa ini kerana ianya bersaiz agar besar berbanding dengan kupon-kupon petrol yang ada dalam blog pada ketika ini. Saiz sebenar Kupon Petrol ini adalah bersaiz 165mm x 89mm iaitu lebih  kurang 6 inci setengah  x 3 inci setengah dan unitnya adalah 50 unit.   Kupon Petrol yang sama seperti dipaparkan  ini boleh dilihat ada  dipamerkan di  Muzium Sasana Kijang Bank Negara.
          Mengikut Rekod Kupon Petrol ini dikeluarkan kepada penama  Ah Hai di Serenggam Kota Tinggi Johore untuk kenderaan Pendaftaran JBC 1217 yang dikeluarkan diantara Okt - Dec 1949 dan mukadepanya dichop stamp Pejabat penguasa RIMV JOHORE.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...