Rabu, 31 Julai 2013

ASAL USUL PENGUNAAN PERKATAAN RINGGIT DALAM MATAWANG MALAYSIA

ASAL USUL PENGUNAAN ISTILAH RINGGIT 
DALAM MATAWANG MALAYSIA

Matawang Perdagangan  yang paling awal beredar Di Nusantara  dikenali oleh Masyarakat tempatan sebagai RIYAL untuk syiling perak  yang digunakan oleh penjajah . Di Sepanyol dikenali sebagain REALLE dan  Portugis disebut REI . Sepanyol dan Portugis memperluaskan perdagangan dan takluknya ke Nusantara dengan mengunakan transaksi matawang syiling  perak ini diabad ke15 sehingga ke 18 .
RIYAL atau REALLE matawang penjajah yang awal dikenali sebagai RIYAL BATU yang dibuat daripada potongan silver bar yang dipotong dengan ditimbang dalam sukatan berat yang sama  dan sekiranya berat berlebihan kepingan tadi akan dikacip buang dan ini menyebabkan bentuk antara RIYAL tidak sama bentuk dan dichop kilang atau pengeluar RIYAL tersebut . Di Sepanyol dikenali sebagai CABO DE BARRA REALLE bermaksud  Riyal dihujung batang . RIYAL ini menghadapi banyak masalah pengunaanya diantaranya ialah bentuknya adalah tidak standard dan sekata  dan  wang ini selalu dikacip untuk dicuri lagam peraknya .

Penjajah dengan kemajuan teknologi telah mereka bentuk wang barunya dengan bentuk standad dan seragam dalam bentuk bulat dengan langkah keselamatan bentuk begerigi atau beringgit-ringgit di bahagian tepinya agar  kepingan tadi tidak dipotong atau dipalsukan . Syiling ini diedarkan di Nusantara dengan dikenali sebagai  RIYAL RINGGIT bergerigi mengantikan RIYAL BATU .

Dari ciri keselamatan RIYAL RINGGIT Sepanyol yang mempunyai bentuk beringgit-ringit iaitu bergerigi ditepi inilah maka  asal istilah digunapakai dalam pengunaan sukatan dalam Matawang Malaysia iaitu  RINGGIT dan terus diguna pakai diTanah Melayu mengunakan RINGGIT sebagai Matawang kita  . Nilaian RINGGIT  adalah bersamaan dengan pecahan 100sen . Dan sebutan RINGGIT ini terus mendominasi dan kekal dalam penngunaan Matawang di Malaysia . Pada tahun 1996 Bank Negara malayasia telah memberi penjenaman baru RINGGIT dari simbol $ kepada RINGGIT MALAYSIA dengan simbol RM .

SIMBOL $

Daripada manakah simbol $ dingunakan untuk RINGGIT ?
Dalam penulisan atau pengunaan simbol RINGGIT adalah ditulis simbol $ . Sebenarnya tanda ini berasal dengan merujuk kepada Matawang Sepanyol  8 RIYAL atau dikenali di Nusantara sebagai RINGGIT SEPANYOL. Rekabentuk $ adalah dari angka 8 yang diletakan bertindih diatas 2 garisan tegak merujuk kepada 8 adalah  nilaian Riyal sepanyol iaitu 8 RIYAL dan 2 garisan tegak adalah 2 batang  'Pillar of Herculis ' yang terdapat pada muka hadapan  8 RIYAL Sepanyol yang dikenali juga sebagai RINGGIT MERIAM . Simbol  $ untuk RINGGIT MALAYSIA telah digunakan oleh Inggeris pada Wang Kertas Malaya pada tahun 1941 .Dan simbol $ ini terus digunakan oleh Bank Negara Malaysia dalam simbol Wang Kertas Malaysia sehingga tahun 1996 . Penjenamaan baru kepada simbol $ dalam RINGGIT MALAYSIA bermula pada tahun 1996 dengan mengunakan simbol baru RM iaitu Ringgit Malaysia .

Dibawah ini dipaparkan gambar-gambar Syiling-Syiling yang digunakan di rantau Nusantara pada suatu ketika dahulu dan ianya telah menjadi ikon dan ikutan dalam  asal sebutan Matawang negara kita . Syiling=syiling ini amat sukar ditemui pada masa ini bagi yang original dan kebanyakannya yang ada dipasaran adalah forjery tempaan baru . Galeri Sha Banknote akan memaparkan beberapa koleksi yang telah digred dan disahkan ketulinan oleh pihak Grader Antarabangsa NGC Numismatic Guaranty Corporation seperti yang diehsan dibawah ini .

******************

[  Rujukan Pertama   NGC 2781129-005 ]
8 REAL MIXICO
1759 MO MM 8 REAL
Serial MM
RINGGIT MERIAM
Berusia 254 tahun
Inilah Ringgit Meriam Sereis MM
Ketulinan dan kondisi yang telah  disahkan dan digred 
oleh Numismatic Guaranty Corporation  NGC  USA
Condition Very Fine VF
Berusia 254 Tahun

Dikeluakan pada tahun  1759 oleh Kerajaan Mexico Sepanyol
Digunakan di Nusantara dikenali sebagai RINGGIT MERIAM
atau Mexico 8 real . RINGGIT MERIAM ini berusia 254 tahun

Inilah RINGGIT MERIAM  moden yang dikeluarkan oleh Penjajah
 Sepanyol  mengantikan Real Cob/Riyal Batu yang berbentuk selender.
RINGGIT MERIAM ini dinamakan kerana berdasarkan bentuk  
2 batang tiang roman pillar berbentuk seakan-akan Meriam .'
DAN
Lihat edge sisi  RINGGIT MERIAM  ini. rekabentuk Beringit-ringit
bergerigi adalah security khas bagi  mengelakan pemalsuan dan
 digunting untuk dicuri kandungan perak sebagaimana berlaku kepada
Real Cob/Riyal Batu syling terdahulu. Bentuk security berbentuk
BERINGGIT-RINGGIT bergerigi inilah ASAL  perkataan yang 
Digunakan dalam Matawang Malaysia kita iaitu RINGGIT Malaysia
Berusia 254 Tahun
REVERSE
Mukabelakang
DOLLAR HISPAN @ REAL MIXCO @ RINGGIT MERIAM

DiSahkan ketulinan oleh NGC USA

King Ferdinand  VI 1759
Serial MM 8 Real
Hispan Et Ind Rex
Berusia 254 Tahun
Rarity Extremely rare
Estimate value RM4800,00

***************************************************

[ Rujukan kedua NGC3596400-005 ]
8 REAL MEXICO
1771M0 8 REAL
Series FM
RINGGIT MERIAM
Berusia  242 tahun


Inilah RINGGIT MERIAM Series FM
Telah digred dan diSahkan ketulinan dan kondisinya
Oleh Numismatic Guaranty Corporation  NGC USA
Condition  Very Fine VF
Berusia 242 Tahun
RINGGIT MERIAM ini dikeluarkan pada tahun 1771MO
Denomination 8 Real Mexico series FM
Condition VF Very Fine
Guaranted Authetic by NGC
Berusia 242 Tahun
Vtraque Vnum
Ini adalah RINGGIT MERIAM atau 8 Real mexico tahun 1771dan
telah berusia 242 tahun yang telah digunakan rantau Nusantara oleh
Penjajah Sepanyol . RINGGIT MERIAM ini ditempa dengan mesin 
moden oleh Penjajah mengantiklan Real Cob atau Riyal Batu yang lama.
RINGGIT MERIAM ini mula ditempa dengan ciri keselamatan bentuk
bulat dan sisi edgenya BERINGGIT-RINGGIT bentuk bergerigi dan 
inilah rujukan asal digunakan menamakan RINGGIT bagi Matawang
Sepanyol di Nusantara pada ketika itu. Dan perkataan RINGGIT ini
 terus digunapakai dalam istilah piawaian  Matawang Tanah Melayu
 dan sehingga kehari ini di gunakan oleh Bank Negara Malaysia .
dan inilah asas asal usul sebenar RINGGIT MALAYSIA dirujukkan 


REVERSE
Dikeluarkan oleh King Carolus III pada tahun 1771
Dollar Hispan @ Real Mixco @ Ringgit Meriam
Berusia 242 Tahun

Disahkan ketulinan oleh NGC USA
Berusia 242 Tahun
CAROLVS .III ,D,G
HISPAN.ET IND.REX
Rarity Extremely rare
Usia 242 Tahun
Grade VF Very Fine
Estimate Value RM4800

**************************************************

[ Rujukan ketiga 3067302-003 NGC  ]
8 REAL MEXICO
RINGGIT PATONG
1783MO  FF Series
Berusia 230 tahun

Ini RINGGIT PATONG atau 8Real Mexico Series FF
Telah digred dan diSahkan ketulinan dan Kondisinya
oleh Numismatic Guaranty Corporation NGC USA
Top Grade Genuine
Berusia 230 Tahun
RINGGIT PATONG ini dikeluarkan pada tahun 1783 
El Cazador Mexico Sepanyol
Denomination 8 Real 
Condition Genuine
NGC Shipwreck Certification
Berusia 230 Tahun
OBVERSE
Inilah RINGGIT PATONG 8 Real  yang dikeluarkan pada tahun 
1783 edisi selepas RINGGIT MERIAM dikekalkan dalam ciri-ciri
 keselamatan dalam betuk bulat dan sisi Beringgit-ringgit bergerigi.
Real Mexico ini terkenal di Nusantara dengan nama RINGGIT
 PATONG kerana merujuk kepada  Potret pada Coin ini yang 
menyerupai patong berhidung tinggi dan besar.
Usia coin RINGGIT PATONG ini adalah 230 Tahun lamanya
Berusia 230 Tahun

REVERSE
RINGGIT PATONG
Dikeluarkan oleh King Corolus III pada tahun 1783
RINGGIT PATONG@ 8 REAL MEXICO@ HISPAN DOLLAR 
Berusia 230 tahun
Reverse
HISPAN ET IND REX
1783MO  8 Real MM series
RINGGIT PATONG
Berusia 230 Tahun
Rarity Extremely Rare RRR
Estimate Value NGC Grader VF RM4500

******************************************

[  Rujukan keempar NGC  2777908=004  ]
8 REAL MEXICO
RINGGIT PATONG
1821ZS  RG Series
Condition AU NGC USA
Berusia 192 Tahun
Ini adalah RINGGIT PATONG atau 8 Real Mexico RG series
Telah digred dan diSahkan ketulinan dan kondisinya
Numismatic guaranty Corporation NGC USA
Condition AU About Uncirculated
Berusia 192 Tahun

RINGGIT PATONG  @ 8 Real Mexico  ini telah digunakan 
pada  Tahun 1821ZS series RG 
Zacatecas KM- 111.5
Condition AU
NGC 2777908-004
Berusia 192 Tahun
OBVERSE
 Inilah  RINGGIT PATONG yang  dkeluarkan  pada  tahun 1821

.RINGGIT PATONG ini masih mempunyai ciri keselamatan  disisi
Edgenya  dalam  bentuk sisi  BERINGGIT- RINGGIT  bergerigi.
Potret Wajah Ferdinand  VII tetera di syiling ini seakan-akan
 patong dan inilah sebabnya syiling ini lebih dikenali sebagai
RINGGIT PATONG
Berusia 192 Tahun

OBVERSE 8 REAL RG Series
RINGGIT PATONG

Obverse
RINGGIT PATONG@ 8 REAL MEXICO
Berusia 192 Tahun

Hologram NGC

REVERSE
Reverse
HISPAN ET IND. REX Z
8R  RG
Berusia 192 Tahun
Rarity Extremely Rare RRR
Estimate Value NGC GENUINE RM4500

*******************************

[  Rujukan kelima  NGC 2777908-004  ]
8 REAL MEXICO
1885GO RR 8 REAL
RINGGIT GARUDA
Condition AU
Berusia 120 Tahun

OBVERSE 8 REAL RR Series
RINGGIT GARUDA

Obverse
Inilah RINGGIT GARUDA @ 8 Real Mexico
digunakan tahun 1885 dikeluarkan oleh Penjajah
Sepanyol.  RINGGIT GARUDA ini adala edisi
selepas RINGGIT PATONG. Dinamakan sebagai
RINGGIT GARUDA  adalah kerana dibelakang
duit ini terdapat gambar Garuda.
Berusia 120 Tahun
RINGGIT GARUDA ini telah diedar pada tahun 1885GO dengan
nilaian 8 Real  Mexico series RR
RINGGIT GARUDA ini telah digred oleh NGC USA
Condition AU Detail
NGC 3351858-016
Berusia 120 Tahun

OBVERSE

8 REAL G  RR  10Ds 20Gs
1885 GO RR 8R
LEBERAD MATAHARI
RINGGIT GARUDA
Berusia 120 tahun
RINGGIT GARUDA
Ini lah Gambar Garuda yang menyebabkan duit
ini dikenali sebagai RINGGIT GARUDA
Berusia 120 Tahun

Hologram Numismatic guaranty Corporation

REVERSE
Reverse
REPUBLICA MEXICANA
GARUDA MENYAMBAR ULAR
Berusia 120 Tahun
Rarity Extremely rare RRR
Estimate Value NGC Grader AU RM4500.00

Rumusan *****

Perkataan RINGGIT yang digunakan dalam sebutan Matawang Malaysia adalah berasal daripada sebutan ciri-ciri keselamatan pada  Syiling 8 Real Mecixo yang dikenali  samada RINGGIT MERIAM, RINGGIT PATONG atau RINGGIT GARUDA merujuk kepada perkataan istilah security edge duit tersebut yang ditempa disisi edgenya berbentuk BERINGIT-RINGGIT iaitu bergerigi .

***********************
ASAL USUL RINGGIT MALAYSIA
Ringgit Meriam , Ringgit Patong  dan Ringgit Garuda
Galeri Sha Banknote 1964
Kod SHA/RINGGIT 

7 ulasan:

  1. Saya ada sekeping ringgit patong tahun 1820 silver h/p:0174302841 duit saya simpan dari sya kecil dari simpanan nenek saya

    BalasPadam
  2. Salam dato.saya ada syiling hispan 8 riyal tahun 1751.ada macam tanda pada syiling tu tapi saya tak pasti apa maksud dia.macam chop mark pun ada.agak dato,berapa nilai syiling ni ya?saya tak jual lagi.terima kasih dato.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni saya dato.no tel 0174139964,jika berminat sila call saya.sy blh tunjukkan gambarnya..syiling 8 reales 1751 mexican hispan.tq dato..nama saya amri.

      Padam
    2. hantar gambar ke emeil saya sharuddin58@yahoo.com

      Padam
    3. salam dato.saya dah hantar gambar ke e-mail dato.tq-amri

      Padam
  3. salam dato... sy mempunyai syiling hispan thn 1767 dgn berat 26.39... adakah ianya tulin atau palsu? sy hanya hendak kepastian... terima kasih

    BalasPadam
  4. Saya nak beli coin hispan,boleh wasap 0165521419

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...