Rabu, 28 Mei 2014

BRITISH TRADE DOLLARS

BRITISH TRADE DOLLARS


OBVERSE
OBVERSE
Dikeluarkan oleh Pihak British Straits Settlements
One Dollar
Tahn 1912 B
Mintage 5,672,075
Weight 26.95gram
Diameter 39mm
Thickness 1.9mm
Milled Egde
Silver 0.900
ASW .7798 oz
Mintmark B  Bombay
Estimate Value RM120

REVERSE
In Jawi satu Ringgit
In China satu Ringgit




MILLED EDGE




Rabu, 21 Mei 2014

KALUNGAN KEMAAFAN


Galeri Sha Banknote 1964 memohon maaf kerana tidak dapat meberi ulasan kepada komen komen yang telah diberikan oleh rakan-rakan  pembaca di blog ini disepanjang tempoh  2 minggu ini, banyak komen dan pertanyaan dari sahabat semua saya tak dapat jawab  . Hampir 2 minggu ini saya tidak menmpukan penulisan dalam blog ini kerana saya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada persedian bagi pameran koleksi saya bagi Matawang sebelum dan selepas merdeka . Hampir 100 jam masa ditumpukan bagi merekod dan membuat penandaan kepada hampir 2000 item yang akan di pamerkan di Muzium Negeri Kelantan sempena Bulan Kemerdekaan . Pada hari  semalam dan hari ini semua bahan koleksi saya telahpun saya hantar dan diserahkan kepada Pihak Muzium Negeri Kelantan untuk membuat persiapan bagi Pameran Solo Matawang sebelum dan selepas Merdeka yang sepatutnya dimulakan pada 15.6,2014 tetapi telah ditunda untuk dijadikan event utama bagi menyambut bulan kemerdekaan peringkat negeri Kelantan .

Pameran ini akan diadakan pada tarikh baru iaitu  pada 15 Ogos 2014 sehingga 15 September 2014 di Muzium Negeri Kelantan yang akan dirasmikan oleh YAB Meteri Besar Kelantan . Jika dapat  memenuhi beberapa syarat yang diperlukan InsyaAllah Pameran ini akan diktiraf oleh Malaysia Book of Rekod sebagai Pameran pertama Numismatik secara Solo yang melebih 1000 item yang berkaitan dengan Matawang sebelum dan selepas Merdeka .

Galeri Sha Banknote 1964 akan menyambung penulisan semula dalam blog ini  bermula  minggu hadapan .Terima kasih kepada Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan , Tuan Haji Wan Shuhaimi bin Wan Mustafa, Staf Muzium Negeri Kelantan Encik Wan dan Encik Nik yang membantu saya.Terima kasih kepada sahabat yang bersama-sama Haji Alwi dan Encik Zafrani serta TV 9 yang ada pada majlis tersebut .

Terima kasih semua
Semoga anda Numismatik Berjaya
Nmismatik Warisan Negara

Rabu, 7 Mei 2014

PAMERAN SOLO NUMISMATIK GALERI SHA BANKNOTE 1964 DI MUZIUM NEGERI KELANTAN .

PAMERAN SOLO NUMISMATIK GALERI SHA BANKNOTE 1964

TARIKH  :   15hb Jun 2014 hingga 30hb Sept  2014
TEMPAT  :   Muzium Negeri Kelantan  , Darul Naim
TEMA : Pameran Warisan Matawang Negara Sempena
 Bulan Kemerdekaan .
BAHANG KOLEKSI : Matawang Lama melebihi 1000 item
PAMERAN SOLO KOLEKSI : Galeri Sha Banknote 1964


Mungkin buat pertama kali dalam Sejarah Negara akan ada Pameran Solo Numismatik oleh Individu Perseorangan dikalangan Kolektor Matawang Lama yang akan diadakan di Muzium Negeri Kelantan bermula 15hb Jun 2014 sehingga 30hb September 2014 .  Galeri Sha Banknote amat berbesarhati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Wan Mohd Shuhaimi bin Wan Mustafa selaku Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan dan Encik Nik  kerana telah memberi kepercayaan kepada Galeri Sha Banknote untuk mengadakan Pameran Numismatik Matawang Lama secara Solo di Muzium Negeri Kelantan sempena Tema menyambut bulan kemerdekaan pada 15.6.2014 sehingga 30.9.2014 serta Seminar Matawang Kesultanan Melayu Negeri Kelantan yang akan diadakan serentak pada 21hb dan 22hb Jun 2014 .

Pada 21hb Mei 2014 ini Galeri Sha Banknote akan memulakan menghantar dan menyusun semua koleksi Galeri Sha Banknote yang ada untuk persiapan bagi Pameran tersebut . Pada masa ini kerja-kerja penandaan dan grafik untuk tajuk-tajuk bahan koleksi sedang diedit dan disediakan . Banyak masa dipergunakan untuk coding dan tagging untuk setiap item yang melebihi 1000 item  untuk Koleksi seperti berikut :-

A SYILING
1. Syiling Penang [ 1876 -1828 ]
2. Syiling Cocos Keerling Islands [1910 -1944 ]
3. Syiling Sarawak [ 1843 -1934 ]
4.  Syiling British North Borneo [ 1882 -
5 . Syiling British India Timur Company - Straits India [ 1862  ]
6.  Syiling British India Timur Company-Starits Settlement [1826-1858]
7.  Syiling Starits Settlements  - Queen Victoria [ 1867-1901 ]
8.  Syiling Straits Settlements  - King Rdward VII [ 1901 - 1910 ]
9.  Syiling Straits Settlements  - King George V [ 1910-1936 ]
10.Syiling Board of Commissioner & Currency Malaya [ 1936 -1952 ]
11.Syiling Malaya & British Borneo  [ 1952 - 1962 ]  
12.Syiling Bank Negara Malaysia [ 1967 -2014 ]
13.Syiling Error Malaysia [ 1967 -2014 ]
14.Syiling Peringatan [ 1967 - 2014 ]
15 Syiling Emas dan Dinar
16. Syiling Kesultanan Melayu Emas , Silver dan Timah
17. Syiling Emas Acheh , Pasai dan Makasar
18. Token 
19. Syiling penjajah Belanda dan Sepanyol dan Portugis
20. Syiling Islamic Coin Khalifah Umaiyah dan Abasyiah

B.WANG KERTAS

1. Wang Kerta Asiatic Banking Corporation  [ 1865 ]
2. The Chartered Bank of India , Australia and China - Post Bill [  1859 ]
3. Wang Persenderian Constantinople Estate Al Sagof [ 1878 ]
4. Wang Kertas The Government of Sarawak
5. Wang Kertas  British North Borneo [ 1884 -1942 ]
6. Wang Kertas Pemerintahan Jepun [ 1942 -1945 ]
7. Wang Kertas Cocos Keeling Islands [ 1897 - 1902 ]
8. Wang Kertas The Straits Settlements siri Pertama  [1906 -1933]
9. Wang Kertas Emergency Issue Straits Settlments [1917 - 1920 ]
10 Wang Kertas Government of Straits Settlements siri ke-2[1925-1930]
11 Wang Kertas Government of Straits Settlements siri ke-3[1931- 1935]
12 Wang Kertas Board of Commissioners of Currency Malaya [1941-1942]
13 Wang Kertas Malaya & British Borneo [ 1953 - 1961 ]
14 Wang Kertas Bank Negara Malaysia [ 1967 - 2014 ]
15. Wang Kertas Error
16. Wang Kertas Specimen
17. Wang Kertas Uncut


C. WANG KESULTANAN MELAYU

1. Wang Timah Binatang
2. Wang Timah Ayah Kedah
3. Wang Timah Tampang
4. Syiling Timah
5. Syiling Silver
6. Syiling Emas

D. PELBAGAI MATAWANG

1. Matawang Indonesia
2 .Matawang Singapura
3. Matawang Brunei
4. Matawang Vieatnam
5. Matawang India
6. Matawang Arab
7. Matawang China
8. Dan pelbagai item matawang

Kesemua koleksi yang akan di pamerkan ini melebihi daripada 1000 item

Semoga semua kerja-kerja ini dapat disiapkan mengikut jadual untuk dihantar ke Muzium Kelantan pada 21.05.2014 .  Buat masa ini penulisan artikel di blog ini terpaksa direhatkan sementara dan akan memberi fokus bagi program Pameran dan Seminar di Muzium Kelantan.

Kepada peminat Matawang Lama datanglah melihat koleksi Galeri Sha Banknote yang akan di Pamerkan Di Muzium Negeri Kelantan mulai 15hb.Jn 2014 sehingga 30hb September 2014 .



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...