Ahad, 26 Oktober 2014

50SEN ME [ MILLED EDGE ]

50SEN MILLED EDGE
1967 , 1968 , 1969
RARITY  EXTREMELY RARE  RRR


PENGENALAN

Bank Negara Malaysia mula mengeluarkan duit syiling sendiri bermula pada tahu 1967 . dengan denominasi 1sen, 5sen,10sen,20sen dan 50sen . Ditempa di kilang Royal Mint London. dengan garis pusat 23.50mm , berat 5.70gram , logam kupro-nikel dan ada tanda mint mark GC. Dengan 2 type Tempaan .

TYPE SECURITY EDGE
Jumlah tempaan 1967 =  15juta keping
Jumlah tempaan 1968 =  12juta keping
Jumlah tempaan 1969 =    2juta keping

TYPE MILLED EDGE
Jumlah tempaan 1967 = tidak diketahui
Jumlah tempaan 1967 = tidak diketahui
Jumlah tempaan 1969 = tidak diketahui



MILLED EDGE  /   SECURITY EDGE

                                                

APA ITU SECURITY EDGE DAN APA ITU MILLED EDGE

SCURITY EDGE ialah Tempaan Keselamatan yang ditempa  berbentuk berparit disisi tepi syiling tersebut .Type SE adalah tempaan sebenar untuk syiling 50sen ini 
MILLED EDGE ialah tempaan berbentuk bergerigi ditepi sisi syiling tersebut  dan ianya adalah tersilap tempaan untuk sisi siling 50sen ini.

Untuk makluman 2 type ini untuk type Security Edge adalah type yang sepatutnya ditempa untuk syiling ini namun terdapat kesilapan tempaan berlaku  tempaan type  Milled Edge tetapi ianya amat kurang . Dari nilai Numismatiknya maka sudah tentu  tempaan yang sedikit ini menyebabkan koleksi tersebut amat jarang dijumpai dan harganya menjadi lebih mahal .  

50SEN MILLED EDGE
MILLED EDGE

Berapakah Anggaran  harga Untuk Koleksi Milled Edge sekarang ini .. Kalau ikutkan Pasaran harga Milled Edge yang saya beli sekitar awal 2014 adalah seperti berikut .

Milled Edge Tahun 1967   -  RM1800
Milled Edge Tahun 1968   -  RM2200
Milled Edge Tahun 1969   -  RM5500
Set Milled Edge 1967, 1968, 1969  RM8,500


50SEN MILLED EDGE 

MILLED EDGE


50SEN MILLED EDGE
50SEN  1967  MILLED EDGE
ANGGARAN HARGA RM 1800 / keping
Extremely Fine


MILLED EDGE
50SEN  1968  MILLED EDGE
ANGGARAN HARGA RM2200 / keping
Extremely Fine


50SEN  1969  MILLED EDGE
ANGGARAN HARGA RM5500 / keping
Extremely Fine



Memang agak sukar untuk memberikan alasan mengapa syiling ini bergitu tinggi harganya dan ianya mendapat permintaan yang bergitu baik daripada kolektor . Namun faktor kekurangan type Milled Edge  dan tidak tahu sebenarnya mintage yang telah dikeluarkan oleh kilang Royal Mint London pada ketika itu menyebab kan Syiling Milled Edge ini terus dicari oleh collector ..
Rekod harga lelong untuk Syiling Milled Edge tahun 1969 NGC Grading MS65 dengan harga  RM 81,646.00  di Auction Singapore  . RM 81,846.00 adalah harga yang paling tertinggi untuk syiling 50 Milled Edge ini yang pernah dicatatkan sehingga kini .


50sen Milled Edge
Galeri Sha Banknote 1964
1 Muharram 1436


Selasa, 21 Oktober 2014

PAMERAN SOLO NUMISMATIK MELEBIHI 2000 ITEM DI MUZIUM NEGERI KELANTAN


GAMBAR PEMERAN  SOLO NUMISMATIK
MELEBIHI 2000 ITEM DIMUZIUM NEGERI KELANTAN
PADA 18.08.2014 - 19.09.2014






















Sabtu, 18 Oktober 2014

MONOLOG PENGALAMAN MELAWATI KILANG WANG ROYAL MINT MALAYSIA

 BERADA DI ROYAL MINT MALAYSIA
PENGALAMAN MONOLOG
GALERI SHA BANKNOTE 1964



Peluang untuk  aku  melawat ke Kilang Wang Syiling Royal Mint Malaysia di Batu Tiga Shah Alam Selangor amat mengembirakan dan dinanti-nantikan . Meluncur laju dengan Pajero berlambangkan Kerajaan Malaysia bertulis UNIT NUMISMATIK  terus meluncur laju daripada Muzium Sasana Kijang BNM ke Royal Mint Shah Alam  . Cuaca pagi ini agak hujan rentik-rentik jalan sesak dan membosankan sebelum tiba mengambil masa 50 minit perjalanan .

Setiba diperkarangan Kilang Royal Mint batu tiga Shah Alam ianya agak kaku hanya Post Pengawal bersenjata dan seakan -akan penjara rupanya . Ia dikelilingi tembok batu bata, ia paling tidak 10 kaki tingginya dengan pagari kerawat berduri 2 lapis diatasnya . Semasa aku masuk sahaja kedalam secara outomatik pintu tertutup dan aku merasakan aku berada ditengah-tengah dua pagar besi semementara menunggu  Pegawai Keselamatan memeriksa surat-surat kebenaran aku . Dan menyerahkan Pas Pelawat yang tetera nama dan gambar .

Dipintu masuk  kawalan keselamatan amatlah ketat sekali, Pekerja berbaju biru muda dan berseluar biru tua. Mereka dilihat menaggalkan kasut dan memakai selipar masuk ke pekarangan kawasan bekerja. Disitu mereka akan memakai kasut khas  yang disediakan . Apabila mereka hendak keluar , mereka terlebih dahulu diperiksa  dengan alat pengesan .Rutin yang sentiasa dipantau demi keselamatan Negara

Kini aku sedah berada ditempat tempaan syiling dan melihat bagaimana syiling kosong [  blank coin ] kupral nikel  dimasukan kedalam mesin tempaan melalaui proses hentaman acuan Die bawah dan acuan Die Atas dan diapit dengan kolar Die disisinya .Dan duit syiling tersebut keluar melimpah kedalam bekas merah yang diletakan di bawahnya . Dan syiling diangkut ketempat pengasing bagi tujuan edaran.

Syiling kosong [ blank coin ] adalah di import daripada beberapa negara dari Korea , Jepun , USA dan German .. Kebanyakan duit syiling mengandungi 75% tembaga dan 25% nikel . Duit 1sen yang dulu dibuat daripada besi keluli bersadur tembaga 95% besi dan 5% tembaga . Dan syiling ini  melekat pada magnet .

Bahagian yang paling peting dikilang Royal Mint ini ialah Bahagian Pengeluaran.  Disinilah Acuan Die utama dan Acuan Die Kerja dibuat . Acuan Die Utama disimpan didalam Peti Besi dan Acuan Die Kerja digunakan dalam proses tempaan selanjutnya .Proses dimulakan dengan mengukir Plaster Paris . Kemudian dituang kan getah tiruan lepas itu dimasukan araldite dan acuan tersebut menjadi amat keras. Daripada sini pelukis logam megukir rekabentuknya dan sekaligus mengecilkan saiznya menjadi kecil 5 kali kecil mengikut saiz sebenarnya.  Jika proses  ini diluluskan maka proses tempaan akan dimulakan .

Dalam satu tahun Kilang Royal Mint mengunakan 800 tan metrik Syiling Kosong [ blank coin ] . Kini aku lebih dekat melihat bagaimana syiling 10sen  ditempa.. Tiap-tiap Syiling Kosong ini akan masuk berada diatas  Acuan Die bawah dan Acuan Die atas akan datang menghentak Syiling kosong tersebut yang berada diatas Die bawah .   Maka terbentuklah tempaan Syiling dibawah gambar Parlimen [ muka hadapan] dan diatas gambar 10sen . Acuan Die muka hadapan dengan gambar Parlimen tidak begerak dan Acuan Die gambar 10sen muka belakang begerak menhentak syiling kosong . Dan apitan Die tepi membentuk edge syiling tersebut .

Semua duit syiling sudah ditempa akan diperiksa dan seterusnya dibilang dengan mengunakan mesin pembilang . kemudian duit dimasukkan kedalam bag untuk diedarkan . Bagi syiling yang rosak (  error ) dan ditolak pada kadar 1/1000 . Pada kadar purata tiap-tiap bulan Kilang Wang Royal Mint akan mengeluarkan duit syiling  purata antara 8 hingga 10 juta sebulan .

Percayakah anda bergitu banyak duit syiling yang telah  kita dikeluarkan tetapi duit syiling ini hilang tak kembali ke Bank Negara Malaysia . Entah kemana duit syiling kita ini perginya kalau dikatakan diambil untuk dileburkan semula syiling yang kita ada adalah lebih rendah nilaimukanya jika dileburkan.. Tetapi yang pasti syiling kita hilang kerana ianya disimpan oleh rakyat kita sendiri., Sememangnya  luar biasa kerana rakyat kita suka menyimpan duit syiling dirumah .  Bayangkan kalau satu rumah ada menyimpan 10 keping setiap bulan maka  kalau ada 1,000,000 isirumah , sudah pasti 10 juta keping akan hilang daripada pasaran disimpan dirumah atau dalam kereta .

Akan bersambung .



Catatan ini tanpa gambar dan lakaran demi keselamatan
Adaptasi 25 Tahun Bank Negara
Supriya S



Khamis, 16 Oktober 2014

KOLEKS SYILINGI SELADANG DAN BURUNG ENGGANG

WOLD WILDLIFE CONSERVATION

ENGGANG DAN SELADANG
HIDUPAN LIAR DUNIA

PENDAHULUAN

Sempena Koleksi Syiling Konservasi tajaan Tabung Haiwan Liar Sedunia sebanyak 24 negara telah menyertai program ini .Setiap duit syiling memaparkan haiwan-haiwan terancam dari negara masing-masing . Malaysia telah milih 2 haiwan yang terancam dan dilindungi sepenuhnya iaitu Seladang dan Burung Enggang  diabadikan dalam syiling Konsevasi Haiwan Liar Sedunia.


SPESIFIKASI SET PROOF  15 & 25 RINGGIT

SELADANG Denominasi 15 Ringgit
Berat 28.30gram
Garis Pusat 38.60 mm
Kandungan Logam Perak 0.925 ASW 0.8411 OZ
Tempaan Royal Mint United Kingdom, London
Tarikh 10hb Januari  1976
Jumlah Tempaan 7500 set

BURUNG ENGGANG Denominasi 25 Ringgit
Berat 35.00gram
Garispusat  42.00 mm
Kandungan logam Perak 0.925 ASW 0.841 OZ
Tempaan Royal Mint United Kingdom, London
Tarikh 10hb. Januari 1976
Lumlah tempaan 7,500 set

Harga Set Proof 2 in 1  RM 1,200.00


SET PROOF 2 IN 1
15 RINGGIT SELADANG & 25 RINGGIT ENGGANG


2 SET PROOF 2 in 1
Seladang & Enggang



2 set Proof 2 in 1
Seladang & Enggang


Koleksi 15 Seladang dan 25 Enggang  ini dikira amat rare dan susah untuk mendapatkanya dipasaran terutama koleksi Proof .




Galeri Sha Banknote 1964
15102014
Jengka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...